Al kisah Diriwayatkan bahwa ada seseorang yang bernama Yunus bin Abdul A'la dia adalah salah seorang murid Imam Syafi'i, berbeza pendapat dgn Imam Muhamad bin Idris Asy Syafi'i dlm satu permasalahan di tengah beliau sedang mengajar di masjid.
Kemudian berdirilah Yunus sambil marah dan meninggalkan pelajaran lalu pulang ke rumahnya.
Malam tiba. Yunus mendengar suara pintu rumahnya diketuk orang.
"Siapa..?" Tanya Yunus.
"Muhamad bin Idris.." Kata yg ngetuk.
Fikiran Yunus menerawang pada siapa saja yang namanya Muhammad bin Idris kalau bukan Imam Syafi'e.
"Ini Syafi'i.."
Waktu pintu dibuka, Yunus terkejut luar biasa..!
Berkata Imam Syafi'i :
"Hai Yunus, ratusan masalah menyatukan kita, apakah hanya gara-gara satu masalah kita berpisah..?"
Janganlah engkau berupaya untuk selalu menang dalam setiap perbezaan, kerana memenangkan hati lebih utama daripada memenangkan sikap..!
Jangan kau hancurkan jambatan yg sudah kau bangun dan kau seberangi. Kerana boleh jadi engkau memerlukannya untuk kembali di satu hari nanti..!
Upayakan engkau selalu membenci kesalahan, bukan membenci pelakunya..!
Marahlah engkau pada maksiat, tapi maafkan pelakunya. Kritiklah pendapat orang, namun hormati yang mengatakannya Kepentingan kita dlm kehidupan ini adalah mengalahkan penyakit, bukan menghukum orang sakit..!
Jika orang datang minta maaf, berilah maaf. Kalau engkau didatangi orang bingung, diamlah untuk kebaikannya. Jika orang berkeperluan datang kepadamu, berilah ia dari sebahagian apa yang Allah beri untukmu. Bila ada yang datang menasihatimu, berterima kasihlah kepadanya...!
Meskipun engkau hanya menuai duri di satu hari, tetaplah kau tanam bunganya dan jangan pernah ragu kerana balasan dari Zat yang Maha Pengasih dan Maha Mulia, jauh lebih hebat daripada balasan manusia.
Tuesday, 23 February 2016
IMAM SYAFII DAN YUNUS BIN ABDUL A`ALA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment