Friday, 12 February 2016

KEUTAMAAN HARI JUM'AT

Hari Jumaat memiliki beberapa keutamaan sebagaimana terdapat dalam beberapa hadith Nabi SAW, di antaranya:

PERTAMA

Hari Jumaat adalah hari yang paling utama di antara hari-hari lainnya.

KEDUA

Nabi Adam AS diciptakan pada hari Jumaat dan pada hari ini pula diwafatkan. Pada hari ini dia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini pula dikeluarkan dari syurga.

KETIGA

Hari kiamat akan terjadi pada hari Jumaat.

Abu Hurairah RA meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda,

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة .

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat, pada hari ini Adam AS diciptakan, pada hari ini (Adam AS) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini." [HR Muslim, no. 854]

Dalam riwayat Aus bin Aus RA dengan lafaz:

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ .......

"Sesungguhnya seutama-utama hari kalian adalah hari Jumaat, pada hari ini Adam AS diciptakan, pada hari ini pula ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini pula hari kebangkitan."

KEEMPAT

Hari Jumaat merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda,

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.

"Kita adalah umat yang datang terakhir tapi paling awal datang pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi SAW menyebut hari Jumaat). Maka hari (Jumaat) ini untuk kita (umat Islam), esok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani". [HR Muslim, no. 855]

Dalam riwayat lain dari Hudzaifah RA dengan lafaz:

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperolehi hari Sabtu, umat Nasrani memperolehi hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperolehi hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk." [HR Muslim, no. 856]

KELIMA

Pada hari Jumaat ini terdapat saat-saat terkabulnya do’a, terutama pada akhir-akhir siangnya setelah Asar.

Berdasarkan riwayat dari Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda,

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّيْ يَسْأَلُ اللهَ خَيْراً إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، قَالَ: وَهِيَ سَاعَةٌ خَفِيْفَةٌ.

“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada saat-saat, iaitu seorang Muslim tidaklah dia berdiri solat dan meminta kebaikan kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya.” Lalu beliau berkata, ”Dan saat-saat tersebut adalah saat yang singkat.” [HR Muslim, no. 852]

Dalam riwayat Jabir RA, Nabi SAW bersabda,

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ. "

"(Siang) hari Jumaat itu dua belas jam. Tidaklah didapati seorang hamba Muslim pada saat-saat ini meminta sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya. Maka carilah pada akhir saat-saat tersebut setelah Asar."


PERKARA-PERKARA YANG DISYARI’ATKAN PADA HARI JUMAAT

Hari Jumaat, di samping memiliki keutamaan sebagaimana telah disebutkan di atas, Allah SWT telah menetapkan syari’at khusus untuk hari ini, iaitu:

Pertama :

Solat Jumaat

Mengenai solat Jumaat ini akan dikupas beberapa hal berikut ini.

Kewajipan menunaikan solat Jumaat. Hal itu berdasarkan firman Allah SWT,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسَعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ.

"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual-beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." [Al Jumu’ah: 9]

Kewajipan ini bersifat fardhu ‘ain atas setiap Muslim secara berjama’ah, kecuali lima golongan iaitu:

Hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh), orang sakit dan musafir. Hal ini berdasarkan beberapa riwayat berikut.

Dari Thariq bin Syihab dari Nabi SAW bersabda,

الْجُمْعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِيْ جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةٌ: عَبْدٌ مَمْلُوْكٌ، أَوِ امْرَأَةٌ، أَوْ صَبِيٌّ، أَوْ مَرِيْضٌ.

"(Solat) Jumaat itu adalah wajib atas setiap Muslim secara berjama’ah, kecuali empat (golongan) iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh) atau orang sakit."

Dari Ibnu Umar dari Nabi SAW bersabda,

لَيْسَ عَلَى الْمُسَافِرِ جُمْعَةٌ

"Tidak ada kewajipan atas musafir (untuk menunaikan) solat Jumaat." [HR Ad-Daruquthni.II/4]

Keutamaan menunaikan solat Jumaat

Tidaklah syari’at memerintahkan suatu perkara, melainkan diiringi dengan janji berupa balasan kebaikan, keutamaan dan pahala sebagai pendorong bagi orang-orang yang mahu menunaikan perintah tersebut.

Di antaranya, Nabi SAW bersabda,

مَنِ اغْتَسَلَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَصَلَّى مَا قُدِرَ لَهُ ثُمَّ أَنْصَتَ حَتَّى يَخْلُوَ مِنْ خُطْبَتِهِ ثُمَّ يُصَلِّي مَعَهُ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ اْلأُخْرَى وَفَضْلُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ.

"Barangsiapa mandi (wajib) kemudian mendatangi (solat) Jumaat, lalu ia solat sunat, sebelum imam datang) sekuat kemampuannya, kemudian diam  (mendengarkan imam berkhuthbah) sampai selesai dari khutbahnya, lalu solat bersamanya, maka akan diampuni (dosanya) antara Jumaat tersebut dengan Jumaat lainnya (sebelumnya) ditambah tiga hari". [HR Muslim, no. 857]

Dalam hadith yang lain Nabi SAW bersabda,

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ.

"(Antara) solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, terdapat penghapus dosa-dosa, selama tidak melanggar dosa-dosa besar." [HR Muslim, no. 233]

ANCAMAN TERHADAP ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT

Di samping menjelaskan tentang keutamaan menunaikan solat Jumaat, syari’at juga menjelaskan ancaman terhadap orang-orang yang meninggalkan solat Jumaat kerana meremehkannya.

Dalam hal ini terdapat beberapa hadith dari Nabi SAW, di antaranya:

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللهُ عَلَى قُلُوْبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُوْنُنَّ مِن الْغَافِلِيْنَ.

"Sungguh hendaknya orang-orang itu berhenti dari meninggalkan solat Jumaat atau (kalau tidak maka) Allah akan mengunci hati-hati mereka kemudian mereka akan menjadi orang-orang yang lalai." [HR Muslim, no. 856]

Nabi SAW bersabda,

لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ رَجُلاً يُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ أَحْرَقَ عَلَى رِجَالٍ يَتَخَلَّفُوْنَ عَنِ الْجُمُعَةِ بُيُوْتَهُمْ.

"Sungguh saya bertekad untuk memerintahkan seseorang mengimami solat bagi manusia, kemudian saya bakar rumah orang-orang yang meninggalkan (solat) Jumaat." [HR Muslim, no. 652]

Sabda Nabi SAW,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُناً بِهَا طَبَعَ اللهُ عَلَى قَلْبِهِ.

"Barangsiapa meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali kerana meremehkannya, maka Allah akan mengunci hatinya."

Nabi SAW juga bersabda,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمُعَاتٍ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ كُتِبَ مِنَ الْمُنَافِقِيْنَ.

"Barangsiapa meninggalkan tiga kali solat Jumaat tanpa uzur, maka dia tercatat sebagai golongan orang-orang munafik."

WAKTU PERLAKSANAANNYA

Waktu perlaksanaannya adalah pada waktu Dzuhur, berdasarkan riwayat dari Anas RA,

أَنَّ النَّبِيَّ كَانَ يُصَلِّي الْجُمُعَةَ حِيْنَ تَمِيْلُ الشَّمْسُ.

"Bahawa Nabi SAW menunaikan solat Jumaat ketika matahari tergelincir (iaitu masuk waktu Dzuhur)." [HR Al-Bukhari, no. 862]

Sebahagian ulama membolehkan perlaksanaannya –beberapa saat- sebelum masuk waktu Dzuhur (sebelum matahari benar-benar tergelincir). Mereka berdalil dengan riwayat dari Jabir bin Abdullah RA ketika dia ditanya,

"Bila Rasulullah SAW menunaikan solat Jumaat?”

Dia menjawab,

"(Nabi SAW) pernah menunaikan solat Jumaat, kemudian (selesai solat) kami pergi menuju unta-unta kami untuk merehatkannya ketika matahari tergelincir."

[HR Muslim, no. 858] (Bererti Nabi SAW pernah solat Jumaat sebelum matahari tergelincir).

KEDUA

Khutbah Jumaat

Hukumnya

Khutbah Jumaat hukumnya wajib, kerana Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya, dan berdasarkan keumuman sabda Nabi SAW,

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَلِّيْ.

"Solatlah sebagaimana kalian melihat aku solat." [HR Al-Bukhari, no. 605]

Khutbah Jumaat ini termasuk dalam rangkaian perlaksanaan solat Jumaat yang dilakukan oleh Nabi SAW dan beliau melakukannya sebelum solat.


KEUTAMAAN HARI JUM'AT Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Assalam 19

0 comments:

Post a Comment