Wednesday, 16 November 2016

SETIAP ORANG MEMBERI APA YANG DIMILIKI

Teruntukmu duhai sahabat-sahabatku tercinta

Suatu ketika, seorang lelaki datang kepada Nabi Isa AS mengatakan "Wahai Nabi Allah Isa, ada seorang mengatakan kata-kata nista dan memburuk-burukkanmu dikhalayak ramai".

Lalu Nabi Isa langsung mengangkat tangan mendoakan kebaikan buat orang yang mengata tersebut. Si pengadu kehairanan bertanya "Wahai Nabi Isa, mengapa kamu doakan kebaikan untuknya sedangkan dia melakukan kejahatan terhadapmu?".

Jawab Nabi Isa

"كل انسان ينفق مما عنده"

Setiap manusia memberi dengan apa yang dimilikinya

Ketika mana orang itu memiliki kata-kata nista dan keburukan maka itulah yang diberikan olehnya manakala Nabi Isa memiliki hati yang baik dan doa-doa kebaikan maka itulah yang diberikannya.

Jika kita bersedekah, bermaksud kita ada duit.

Jika kita beri makanan kepada orang, bermaksud kita memiliki makanan.

Ya, begitulah juga kita yang sering mengata keburukan orang lain, bermaksud keburukan itu sebenarnya ada di dalam diri kita sendiri.

Contohnya, jika kita menuduh orang lain sebagai 'syaitan/iblis', sebenarnya kitalah pemilik sifat syaitan dan iblis dalam diri itu.

Sifat mazmumah (tercela) sebenarnya sedang bersarang di hati mu dan menjadi milik mu.

Kaedahnya, seseorang itu hanya akan dapat memberi sesuatu yang dia miliki sahaja.

Jika di dalam hati kita memiliki kemuliaan, semestinya kita akan memandang bahawa orang lain adalah mulia."

Syeikh Rohimuddin Nawawi Al-Bantani


SETIAP ORANG MEMBERI APA YANG DIMILIKI Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Assalam 19

0 comments:

Post a Comment